Loading...

“ Cintailah Bahasa Kita ”

Pertandingan Video Pendek untuk Pelajar

🔛 Klik untuk Undi 🔛

Tujuan:

Menggalakkan pelajar menggunakan cara yang kreatif untuk menunjukkan teknik dan kaedah mereka dalam mempelajari Bahasa Melayu, meningkatkan daya kreativiti dan kebolehan ekspresi pelajar. Melalui penciptaan dan perkongsian video pendek, mencetuskan minat dan kecintaan pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, serta meningkatkan pengetahuan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

 

Hadiah:

Tempat Pertama: Wang Tunai RM500 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil

Tempat Kedua: Wang Tunai RM300 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil

Tempat Ketiga: Wang Tunai RM200 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil

Hadiah Kecemerlangan (3 Pemenang): Wang Tunai RM100 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil

Hadiah Paling Popular: Wang Tunai RM200 + Baucar Kursus Bahasa Melayu FYB® RM300 + Sijil

 

Sasaran Pertandingan: (Dikemaskini pada 12/07/2024)

~ Peserta mestilah pelajar sekolah rendah atau menengah yang bersekolah di Malaysia.

~ Pertandingan ini adalah pertandingan individu, tetapi tidak terhad kepada bilangan pelajar yang terlibat dalam penggambaran. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu video sahaja.

 

Tarikh Tutup Penyertaan dan Penghantaran Dokumen:

1 Ogos 2024 hingga 31 Ogos 2024

 

Tarikh Tutup Undian Awam :

16 September 2024

 

Peraturan Pertandingan:

~ Karya mestilah asli, belum pernah diterbitkan atau menyertai pertandingan lain.

~ Video mesti dihantar dalam format MPEG, AVI atau WMV, panjangnya tidak melebihi 2 minit, dan jelas membawa mesej dan kandungan  

"Cintalah Bahasa Kita ”.

~ Karya mesti menggunakan Bahasa Melayu, tetapi boleh menyertakan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat bahasa, tindakan, tingkah laku, aktiviti yang tidak sesuai atau elemen keganasan dan lucah, penyertaan akan dibatalkan.

~ Karya tidak boleh mengandungi paparan, insinuasi, atau kiasan kepada tanda dagangan syarikat lain, serta tidak boleh melanggar hak harta intelek atau mana-mana hak pihak ketiga.

~ Penganjur berhak menggunakan sebahagian karya untuk tujuan umum dan diberi hak mengedit.

~ Penganjur memiliki hak cipta semua imej visual dan video penyertaan, serta berhak menggunakan dan menyalin karya tanpa sebarang sekatan untuk tujuan lain, baik semasa pertandingan atau selepasnya, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada peserta.

~ Penganjur berhak menambah atau mengubah sebarang spesifikasi pertandingan tanpa sebarang notis awal. Semua peserta mesti mematuhi keputusan dan aturan akhir pihak penganjur.

~ Penganjur berhak mengubah atau menukar hadiah pertandingan di laman web rasmi atau bahan promosi lain tanpa sebarang notis awal.

~ Pertandingan video pendek adalah pertandingan individu, tetapi tidak terhad kepada bilangan pelajar yang terlibat dalam penggambaran. Setiap pelajar hanya boleh menghantar satu video sahaja.

 

Cara Mendaftar:

~ Peserta memuat naik karya video ke Google Drive, Dropbox, YouTube dan perkhidmatan awan lain.

~ Peserta mendaftar melalui laman web rasmi acara (www.fyb.education/bmvideo) dengan memasukkan maklumat peribadi dan juga memasukkan URL pautan video dalam borang pendaftaran dalam talian.

 

Cara Penilaian:

~ Pihak penganjur dijangka akan memuat naik video ke laman Facebook rasmi pada bulan Ogos untuk undian awam dengan jumlah undian awam akan menyumbang 50% daripada jumlah markah. Hasil penilaian akhir dijangka akan diumumkan di laman web rasmi acara pada bulan Oktober, dan keputusannya adalah muktamad, pihak penganjur tidak akan melayan sebarang aduan.

~ Penganjur berhak mengubah atau menyesuaikan jadual pertandingan. Sila pastikan peserta mengikuti pengumuman terkini yang dikeluarkan melalui laman web rasmi.

 

Kriteria Penilaian:

Keserasian Tema 30%

Kreativiti Penyampaian 20%

Undian Awam 50%

Pertanyaan sila hubungi: 019-252 7911

 

🔛Klik untuk Mendaftar🔛

Server IP: 10.70.0.219

Request IP: 66.249.79.173